Selasa, 27 Oktober 2015

FORUM 4

PANDANGAN : KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG TINGGI?

Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Baiklah, entri saya pada kali ini akan membincangkan pandangan saya dan anda sendiri mengenai keadaan mental kanak-kanak seawall prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka ini menghadapi keadaan stress yang tinggi? Menurut pandangan saya, benar. Kanak-kanak di Malaysia kini turut mengalami keadaan stress masing-masing.  Mari kita sama sama bincangkan pandangan mengenai isu ini.

Apa itu KESIHATAN MENTAL?
Kesihatan mental merujuk kepada kebolehan seseorang menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan seseorang untuk menyayang dan bekerja, menyesuaikan diri dengan krisis dan mengekalkan tahap kesihatan diri atau sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

STRESS
Dr Hans. Style mendefinisikan teori stress atau tekanan perasaan  sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. ”
Stress juga ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Gangguan stress akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang kanak-kanak. Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya stress dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.

                                  

Melalui persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress berpunca dari keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh, gangguan itu mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras dengan pendapat dari  Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling , Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM , Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negative wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan menggangu emosi mereka.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak mengalami stress.  Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif  seperti penderaan, penceraian ibu bapa, kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula seperti  seorang ibu telah mengandung, kenaikan pangkat dalam kerjaya dan berpindah rumah.  Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang kanak-kanak.

Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.  Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya  ada yang menjadi kaku, ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.

Tidak ada insan yang dapat mengelakkan diri dari masalah stress termasuklah kanak-kanak. Jadi, sebagai orang yang lebih dewasa, kita seharusnya bijak membantu mengawal tahap stress yang mereka hadapi dan berusaha untuk membendung stress hadir dalam diri mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan