Selasa, 27 Oktober 2015

FORUM 2


       
        HUBUNGAN PERAPATAN ANAK DENGAN BAPA. APAKAH KESANNYA?

    Definisi bagi hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan ataubond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi.

      Hubungan perapatan antara ibu bapa penjaga sangat penting untuk membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menjurus kepada hubngan perapatan antara bapa dan anak, ianya sangat perlu bagi memastikan anak tidak hanya mendapat perhatian dari si ibu malahan perhatian juga perlu didapati daripada si bapa.

      Anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menjejaskan nilai yang ingin dibentuk dalam diri mereka. Perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak melalui sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain.Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang.

        Hubungan perapatan bapa dan anak yang tidak bagus akan mempengaruhi nilai kendiri kanak-kanak untuk membesar dengan baik. Hal ini kerana bapa memainkan peranan penting sebagai contoh tauladan kepada pembangunan nilai dalam diri anak-anak.
Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak. Diharap perkongsian saya kali ini, dapat digarapkan lagi melalui pandangan dan perkongsian pendapat dari kalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan