Selasa, 27 Oktober 2015

FORUM 4

PANDANGAN : KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG TINGGI?

Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Baiklah, entri saya pada kali ini akan membincangkan pandangan saya dan anda sendiri mengenai keadaan mental kanak-kanak seawall prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka ini menghadapi keadaan stress yang tinggi? Menurut pandangan saya, benar. Kanak-kanak di Malaysia kini turut mengalami keadaan stress masing-masing.  Mari kita sama sama bincangkan pandangan mengenai isu ini.

Apa itu KESIHATAN MENTAL?
Kesihatan mental merujuk kepada kebolehan seseorang menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan seseorang untuk menyayang dan bekerja, menyesuaikan diri dengan krisis dan mengekalkan tahap kesihatan diri atau sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

STRESS
Dr Hans. Style mendefinisikan teori stress atau tekanan perasaan  sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. ”
Stress juga ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Gangguan stress akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang kanak-kanak. Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya stress dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.

                                  

Melalui persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress berpunca dari keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh, gangguan itu mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras dengan pendapat dari  Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling , Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM , Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negative wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan menggangu emosi mereka.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak mengalami stress.  Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif  seperti penderaan, penceraian ibu bapa, kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula seperti  seorang ibu telah mengandung, kenaikan pangkat dalam kerjaya dan berpindah rumah.  Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang kanak-kanak.

Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.  Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya  ada yang menjadi kaku, ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.

Tidak ada insan yang dapat mengelakkan diri dari masalah stress termasuklah kanak-kanak. Jadi, sebagai orang yang lebih dewasa, kita seharusnya bijak membantu mengawal tahap stress yang mereka hadapi dan berusaha untuk membendung stress hadir dalam diri mereka.


FORUM 3


KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL DALAM BIDANG PEKERJAAN

Selamat sejahtera para pembaca sekalian.
Entri kali ini saya akan kongsikan dan bincangkan mengenai kecerdasan emosi dan sosial. Kecerdasan emosi dan sosial pada masa kini dianggap lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.

         Menurut Danial Goleman (1999), menyifatkan jenis kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai factor penting yang dapat mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, iaitu kecerdasan emosional, yang kemudiannya kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).  Seterusnya, Steiner (1997) menjelaskan emosi adalah suatu kebolehan yang menjadikan seseorang individu itu dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dimaksimakan kegunaan untuk mendapatkan kekuatan peribadi yang maksimum.

          Kecerdasan sosial pula merupakan kecerdasan yang meliputi interaksi kelompok dan erat kaitannya sosialisasi. Kemampuan untuk mengenal diri sendiri dan untuk mengetahui orang lain adalah bahagian yang tak terpisah dari keadaan manusia. Menurut Buzan, kecerdasan sosial adalah ukuran kemampuan diri seseorang dalam pergaulan di masyarakat dan kemampuan berinteraksi sosial dengan orang-orang di sekeliling atau sekitarnya. Suean Robinson Ambron (1981), pula berpendapat sosialisasi itu sebagai proses belajar yang membimbing seseorang kearah perkembangan keperibadian sosial sehingga dapat menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan efektif.

           Seperti yang kita tahu, di dalam dunia pekerjaan masa kini memandang kecerdasan intelek sebagai teraju utama personaliti seseorang individu itu. Namun begitu, pada masa kini juga kecerdasan emosi dan sosial juga merupakan salah satu faktor penting yang membantu seseorang itu membina kerjaya dalam bidang pekerjaan.  Kecerdasan emosi membantu seseorang itu mengawal ketenangan dan mengawal stress di tempat kerja. Seseorang itu mampu menjana perkembangan kerjayanya melalui kawalan emosi yang baik iaitu dengan mengawal amarah di tempat kerja, sentiasa berfikiran positif dan berusaha membentuk peribadi yang baik.

             Melalui kecerdasan sosial pula, seseorang itu akan mampu mengadaptasi persekitaran sosial di sekelilingnya. Penguasaan kecerdasan sosial dalam diri mampu membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan dan meningkatkan mutu sosial yang telah sedia ada dalam dirinya.


                                        Hasil carian imej untuk pekerjaan

FORUM 2


       
        HUBUNGAN PERAPATAN ANAK DENGAN BAPA. APAKAH KESANNYA?

    Definisi bagi hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan ataubond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi.

      Hubungan perapatan antara ibu bapa penjaga sangat penting untuk membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menjurus kepada hubngan perapatan antara bapa dan anak, ianya sangat perlu bagi memastikan anak tidak hanya mendapat perhatian dari si ibu malahan perhatian juga perlu didapati daripada si bapa.

      Anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menjejaskan nilai yang ingin dibentuk dalam diri mereka. Perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak melalui sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain.Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang.

        Hubungan perapatan bapa dan anak yang tidak bagus akan mempengaruhi nilai kendiri kanak-kanak untuk membesar dengan baik. Hal ini kerana bapa memainkan peranan penting sebagai contoh tauladan kepada pembangunan nilai dalam diri anak-anak.
Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak. Diharap perkongsian saya kali ini, dapat digarapkan lagi melalui pandangan dan perkongsian pendapat dari kalian.